Lepak kat Pantai Murni, Yan, Kedah......petang2 best nie
I pernah belajar kat bandar besar, ok..boleh tahu tempat orang. Kekawan ajak kerja dan tinggal sana lepas belajar. Tapi i tolak...jiwa rasa x syok....memang tak berapa sesuai dengan jiwa. Mungkin telah dibesarkan di kawasan yang lapang ( sawah padi seluas mata memandang). So bila tinggal di kawasan yang banyak bangunan rasa sesak nafas. kalau sesekali ziarah tu..ok.la...kalau menetap terus tak nak la......setengah orang...suka tinggal di bandar kerana banyak kemudahan, banyak tempat membeli belah yang besar..besar.,nampak tak jakun..atau kekampungan dan banyak lagilah pronya........Apa2 pun pandangan orang...kg is the best.....biarlah orang nak kata pandangan i kolot atau tidak......itu pendapat masing2.....
I tak kata all tentang bandar nie tak best.....i pun sesekali pergi cari barang kat bandar besar macam KL...kat sana banyak pilihan dan up to date. tapi nak tinggal kat sana kurang la sikit. setakat inilah...perasaan i macam tu...tak tahu la..nanti Allah nak ubah...wallahual'am. Sebenarnya yang i na ketengahkan di sini ialah orang kampung yang tidak kenal asal usul.....bila dah tinggal kat bandar dah ubah slang...cakap.....dan malu mengaku asal usul...kondem..tempat sendiri pada hal mak bapak dia masih tinggal di sana. kalau mak bapak dia dengar ..tak ke mereka kecik hati. Fine la ...kena ikut keadaan setempat...nanti orang tak faham. Ape ke halnya balik kampung pun cakap bandar...juagak...eeeehhhhhhh geli la telinga dengar.......